Deep Inside Izah Johan's Heart


The real what i think and would like to share with all of you with lot of love....
May Allah will always with us.. Insya Allah

  

Tumblr Themes
Ingat 3 perkara dalam hidup. 
1. Cintailah sesiapa atau apa yang kamu suka namun ingat pasti akan ada  perpisahan
2. Hidup lah sebagaimana kamu ingin hidup namun ingatlah kamu pasti akan mati
3. Berbuatlah apa yang ingin kamu buat namun ingat, setiap perbuatan pasti akan dibalas. Yang baik di balas baik dan yang tidak baik akan dibalas tidak baik (azab) 


Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara : Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula? Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?” (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.) 

-pesanan #habibalizaenalabidin 
#darulmurtadza #majlistaalimdarulmurtadza #mtdm #pesananbuatdirikujuga #selfreminder #latahzan #hiduptaklama
Tumblr Themes
✿✿ NEW RELEASE : ZARA CARDIGAN & DRESS BY @zacheela175  (FREE POS) ✿✿

Pastel color dress dipadankan dengan english floral cardigan keluaran terbaru Zacheela yang eksklusif, sopan dan anggun.
FREE SIZE FIT FROM S TO L, LABUH 52 INCI

➳ UNTUK PERTANYAAN/ORDER, SILA :
SMS/WHATSAPP 019-3802102

FREE POS 
=======================
ZARA DRESS BY ZACHEELA
===========================
(✔) PERFECT CHOICE untuk menghadiri majlis atau sebagai pakaian muslimah formal dan juga santai.
(✔) Dress dan cardigan yang super cantik dan praktikal! Tak mudah crumple tau jadi tak pening menggosok! Simple dan eksklusif
(✔) Material Korean Lycra dan tidak melekap di badan. 100% Syariah-Compliant!
(✔) 6 Warna menarik Brown, Dusty Pink, Mint Green, Purple, Baby Pink & Grey
(✔) LIMITED EDITION & EXCLUSIVE LABUH 52 INCI FREE SIZE FIT FROM S TO L

POSTAGE IS FREE! 

Order NOW!
MATERIAL : Premium Korean Lycra
PRICE : RM199 
PAYMENT : Within 24 HOURS ONLY
Tumblr Themes
Apakah itu taqwa? Kata Sayyidina Ali ra , memberikan sifat taqwa kepada beberapa sifat. Ada 4 sifat kepada orang yang mendapat gelaran taqwa.

1) Takut kepada Allah SWT. Yang takut kepada Allah, pada dirinya, keluarganya, hartanya, maka dia termasuk dalam orang bertaqwa.

2) Mengamalkan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Maknanya, dia baca Quran, dia faham itu al Quran, apa Allah suruh saya ketika saya baca Quran. Diamalkan, dia orang yang bertaqwa, dan dia turut amalkan apa yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah dari Hadis Rasulullah juga.

3) Redha. Redha itu sifat kepada hati. Redha itu sifat puas hati. Dengan apa? Dengan pemberian Allah. Walaupun sikit, tak complain kepada Allah. Yang penting kepada rezeki itu adalah barakah, bukan kuantiti banyaknya berapa. Sikit kalau berkat, akan cukup. Banyak kalau tak berkat, tak akan cukup. Redha walaupun sikit. Bagi orang yang beriman akan melihat pemberian yang datang daripada Allah SWT, walaupun sikit, tidak dipandang sikit, selagi datangnya daripada Allah SWT.

4) Bersiap sedia untuk hari kematian.
Maka 4 itu sifat orang yang bertaqwa. Takut kepada Allah. Mengamalkan Quran dan juga Sunnah. Redha dengan sedikit pemberian Allah. Bersiap sedia untuk hadapi kematian.”

Petikan Nasihat Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid
Tumblr Themes
Mixed up feeling today…

#rindu #nofeeling #hatidahmelayang
Tumblr Themes
Melaka berselawat! 


Sambil berselawat dlm bilik jer. Sahabat2 yang ke majlis2 ilmu, taman2 syurga hadrikan dan doakan ana yer… 😢
Tumblr Themes
Blueberry cheese tart lagi…. lalalalalalala….
Tumblr Themes
By @pencinta_majlis_rasulullah “Satu hari di zaman Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam, waktu itu Rasulullah bersama para Sahabat yg lain berada di dalam masjid, para Sahabat terlihat seorang lelaki dimana lelaki ini melihat bahwa dirinya lebih baik dr orang sekelilingnya. 
Lalu ditanyakan oleh Rasulullah kpd Sahabat; “Apa pandangan kalian kpd orang ini?” Dijawab oleh para Sahabat; “Lelaki ini layak dikatakan, pabila dirisik dia pasti akan dikahwinkannya. Pabila dia meminta, pasti tidak ada orang yg akan menolak.” Lalu Rasulullah hanya diam sahaja melihat lelaki itu masuk sambil duduk dgn kemegahan. 
Setelah itu, masuk pula seorang lelaki yg miskin dr zahirnya tetapi mempunya sifat yg jujur kpd Allah dan ketaqwaan yg tinggi. Lalu ditanyakan soalan yg sama oleh Rasulullah kpd Sahabat, dan Sahabat menjawab; “Lelaki ini layak dikatakan, pabila dia merisik, tentu tidak ada siapa yg mahukannya kerana dia tidak ada apa apa. Dan pabila dia meminta, tentu tiada siapa yg mahu memberinya.” Rasulullah menjawab; “Orang yg ini lebih baik dr orang yg memiliki dunia serta isinya seperti orang yg tadi itu.” Lalu Rasulullah menuju kpd lelaki yg masuk ke masjid itu dgn keadaan yg bermegah megah…

Ditanya oleh Rasulullah; “Seketika kamu masuk ke dalam masjid td, adakah kamu berkata di dalam hati kamu bahwa kamu adalah orang yg lebih baik dr manusia yg lain?” Dijawab oleh lelaki itu; “Ya! Sungguh aku tidak mampu utk menipu mu ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah menjawab; “Sesungguhnya, aku telah nampak bintik bintik hitam di wajah kamu yg di dihasilkan oleh Syaitan.” Inilah dia kriteria yg ada kpd orang yg suka merasa diri mereka lebih baik dr orang lain, berasa megah dgn kealiman yg ada pd diri mereka, berasa diri mereka lebih hebat dr manusia yg lain. Agama Islam adalah agama yg beradab kpd Allah Taala, maka jgn kamu merasa kamu lebih baik dr makhluk yg lain walaupun makhluk itu adalah seekor anjing kurap! .. Gambar Hiasan: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari [Guru Tassawuf Majlis Ta’lim Darul Muhibbin]” via @PhotoRepost_app
Tumblr Themes
islamic-art-and-quotes:

Bride Reading Quran
Tumblr Themes
foodaddictofficial:

More yummy photos here!
Tumblr Themes
Falsafah Burung Merak by @syedkadir at #ikimfm #usrati #part2

Merendah diri bukan bermakna kita lemah atau membiarkan maruah kita di rendah2kan. Namun bersifat tawadhu yang meletakan diri kita sama dengan orang tanpa menilai kelebihan luaran atau fizikal. 

Solat membantu kita melatih diri untuk menurunkan ego. Dimana kita menurunkan kepala kita kebawah sama rata dengan kaki. Ini bermakna walau siapapun kita tetap tunduk kepada Allah yang maha berkuasa dan kita hanya hambanya yang lemah, hina dan tidak punya apa2. 
Bila kita yakin bahawa Allah itu yang memberi kekuatan dan kelebihan pada kita sedangkan kita hanya hamba yang lemah. Kita akan kuat kerana yakin kekuatan adalah kurnia dari tuhan yang maha kuat. 

Namun bila kita menyangka segala kekuatan dan kenikmatan ini kerana kita atau orang lain yg kuat atau kerana kita berusaha untuk nikmat itu sesungguhnya kita amat lemah bila segala kekuatan kita itu hilang dan lenyap kerna kepergantungan kita pada sesuatu yang lemah yakni makhluk.

Jangan pernah menyangka kita yang kononya hebat tidak mampu di kalahkan makhluk yang kecil dan tampak lemah. Namrud mati akibat seekor nyamuk yang masuk ketelinganya. Kita juga rebah dan sakit bila terkena gigitan nyamuk aedes.